Senin, 23 Desember 2013

Browse » home» » » » Sultan Johor akur

Sultan Johor akur

myMetro 9 Mac 2013

Johor Bahru: Akur dan sedia terima apa saja keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), itulah keterbukaan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar selepas anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail bakal berdepan hukuman badan induk bola sepak negara itu.
Ia gara-gara kritikan Tunku Ismail yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang boleh ditakrifkan masih berada di tahap amatur ketika bola sepak Malaysia sudah lama di era profesional.

Sultan Ibrahim bertitah, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah menghadap baginda untuk mempersembahkan perkara itu dan baginda menasihati anakandanya supaya menerima apa juga tindakan dengan hati terbuka.
“Tunku Ismail juga akur dengan keputusan FAM, badan itu juga diminta mengenakan tindakan sewajarnya dan tidak double standard (berat sebelah) walaupun dia adalah anak raja.

“Saya neutral (berkecuali), Tunku Ismail juga akan menerimanya dengan hati terbuka, langsung tidak timbul isu kecil hati dan sebagainya,” titah baginda di Istana Pasir Pelangi, semalam.

Sultan Ibrahim turut kagum dengan perkembangan prestasi pasukan Johor Darul Takzim (DT) yang semakin meningkat dengan menduduki takhta Liga M.
FotoSULTAN Ibrahim berkecuali.
Ia dianggap perkembangan positif selepas lebih 22 tahun terkubur dan melalui detik suram.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim meminta peminat memberikan masa kepada pasukan Johor DT untuk terus maju dan menjadi juara liga selain pasukan bola sepak terbaik di negara ini.
“Saya memberi dorongan dan semangat kepada Tunku Ismail untuk menaikkan bola sepak negeri Johor, Alhamdulillah cara Tunku Ismail mengendalikan pasukannya menampakkan hasil dalam masa singkat.” Penyokong Johor DT juga diingatkan supaya sentiasa menjaga adab sopan dan tatatertib ketika menyaksikan perlawanan dan tidak mencemarinya dengan melakukan apa juga tindakan yang menyalahi undang-undang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar