Senin, 30 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » Calon BN Sungai Rapat cekak kolar calon KEADILAN

Calon BN Sungai Rapat cekak kolar calon KEADILAN

 Keadilan Daily
(Oleh Aisha Geoffrey)
Calon BN Sungai Rapat cekak kolar calon KEADILAN, rampas kamera petugas parti


GOPENG 22 APRIL: Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Othman berlagak samseng apabila


mencekak kolar baju calon KEADILAN Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye serta merampas kamera petugas KEADILAN.

Menurut Boon Chye, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang semalam di Bilik Gerakan KEADILAN Gopeng, Taman Tasik Permai,
Batu Gajah.


"Kejadian berlaku sewaktu petugas kita mahu menaikkan bilik gerakan. Tapak tersebut adalah tempat sama sewaktu

Pilihan Raya Umum 2008 dan kita tak ganggu kawasan BN," katanya kepada Keadilan Daily.




Jelas Boon Chye, ketika petugas KEADILAN sedang membina bilik gerakan tersebut, beberapa petugas BN membuat kacau dan


menghalang proses berkenaan.




"Selepas mendapat maklumat itu, saya terus hubungi polis, dan apabila sampai ke lokasi tersebut, beberapa pegawai polis sudah


berada di situ untuk mengawal keadaan. Saya cuba berunding dengan ketua petugas, tetapi dia syorkan supaya berunding


dengan Datuk Hamidah," katanya.




Hamidah kemudiannya tiba bersama kira-kira 60 penyokong sambil memberi amaran agar tiada rakaman gambar atau video dibuat mana-mana petugas KEADILAN.




"Ketika dia menuju ke arah saya, beliau (Hamidah) dapati ada seorang petugas merakam kejadian itu. Dia terus merampas kamera tersebut dan membalingnya ke arah semak," kata Boon Chye.




"Selepas itu, dia terus menghampiri saya dan mencekak kolar baju saya. Dalam masa yang sama, saya dapat rasa ada orang tolak saya dari belakang. Dalam keadaan kelam-kabut itu, mujur saya diselamatkan pengawal keselamatan dan terus dibawa pergi dari situ," cerita Boon Chye lagi.




Beliau membuat laporan polis sejurus selepas itu di Balai Polis Simpang Pulai.




Tegasnya, tindakan Hamidah itu jelas menunjukkan ciri-ciri bakal calon BN yang biadap serta samseng.




"Saya desak Hamidah memohon maaf di atas kebiadabannya. SPR (Suruhajaya Pilihan Raya) serta pasukan polis perlu pastikan


bukan sahaja petugas, malah calon juga dijamin keselamatan," tegas Boon Chye.
Calon BN Sungai Rapat cekak kolar calon KEADILAN, rampas kamera petugas parti  (Oleh Aisha Geoffrey)  GOPENG 22 APRIL: Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Othman berlagak samseng apabila  mencekak kolar baju calon KEADILAN Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye serta merampas kamera petugas KEADILAN.   Menurut Boon Chye, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang semalam di Bilik Gerakan KEADILAN Gopeng, Taman Tasik Permai,  Batu Gajah.  "Kejadian berlaku sewaktu petugas kita mahu menaikkan bilik gerakan. Tapak tersebut adalah tempat sama sewaktu  Pilihan Raya Umum 2008 dan kita tak ganggu kawasan BN," katanya kepada Keadilan Daily.   Jelas Boon Chye, ketika petugas KEADILAN sedang membina bilik gerakan tersebut, beberapa petugas BN membuat kacau dan  menghalang proses berkenaan.  "Selepas mendapat maklumat itu, saya terus hubungi polis, dan apabila sampai ke lokasi tersebut, beberapa pegawai polis sudah  berada di situ untuk mengawal keadaan. Saya cuba berunding dengan ketua petugas, tetapi dia syorkan supaya berunding  dengan Datuk Hamidah," katanya.   Hamidah kemudiannya tiba bersama kira-kira 60 penyokong sambil memberi amaran agar tiada rakaman gambar atau video dibuat mana-mana petugas KEADILAN.  "Ketika dia menuju ke arah saya, beliau (Hamidah) dapati ada seorang petugas merakam kejadian itu. Dia terus merampas kamera tersebut dan membalingnya ke arah semak," kata Boon Chye.  "Selepas itu, dia terus menghampiri saya dan mencekak kolar baju saya. Dalam masa yang sama, saya dapat rasa ada orang tolak saya dari belakang. Dalam keadaan kelam-kabut itu, mujur saya diselamatkan pengawal keselamatan dan terus dibawa pergi dari situ," cerita Boon Chye lagi.   Beliau membuat laporan polis sejurus selepas itu di Balai Polis Simpang Pulai.  Tegasnya, tindakan Hamidah itu jelas menunjukkan ciri-ciri bakal calon BN yang biadap serta samseng.  "Saya desak Hamidah memohon maaf di atas kebiadabannya. SPR (Suruhajaya Pilihan Raya) serta pasukan polis perlu pastikan  bukan sahaja petugas, malah calon juga dijamin keselamatan," tegas Boon Chye.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar