Selasa, 31 Desember 2013

Download Percuma Perisian Joke Anti Virus Stress

Malam tadi komputer saya telah terkena serangan sejenis malware @ virus,menyebabkan komputer saya menjadi berat,seolah-olah memikul beban seberat satu tan.Setelah scan dengan antivirus,saya dapati ada 98 malware @ virus yang bernama "Joke/Stress".Setelah merujuk kelaman web berkaitan,semuanya berjaya di deletekan.Berikut rujukan laman web tersebut,anda boleh download perisian tersebut secara percuma,Sebelum komputer anda di serang dengan program jahat ini secara senyap.
Senarai "Joke/Stress"yang berjaya discan dan delete di komputer saya.
Brief Description
Joke/Stress is a joke type malware.
These are completely harmless programs that display false messages informing users that destructive actions have been carried out on their computer, pretend to carry out destructive actions, modify the mouse or screen settings, etc.

Joke/Stress does not spread automatically using its own means. It needs an attacking users intervention in order to reach the affected computer. The means of transmission used include, among others, floppy disks, CD-ROMs, email messages with attached files, Internet downloads, FTP, IRC channels, peer-to-peer (P2P) file sharing networks, etc.

EFFECTS
Joke/Stress displays false messages informing users that destructive actions have been carried out on their computer, pretend to carry out destructive actions, modify the mouse or screen settings, etc.









Free
Beta

Would you like to disinfect Joke/Stress free?

Protect your PC with the first free, cloud-based antivirus.

Panda Cloud Antivirus detects all viruses cataloged in Panda Security’s Collective Intelligence servers.


 Download Free Antivirus














ReadMore..

Gambar Tabah Gadis 12 Tahun Menjaga Ayah Yang Uzur


Gadis 12 tahun ini menjaga ayah beliau yang mengalami brain damage di hospital seorang diri. Huang Puli, 12 tahun dari Guanling, Provinsi Guizhou gigih menjaga ayah beliau yang mengalami kecederaan otak yang kronik setelah jatuh daripad pokok desember lalu.
Huang Puli menjaga ayah beliau kerana ibunya sudah 3 tahun melarikan diri dari mereka berdua. Gadis cilik dan tabah ini kini menjaga ayahnya sehingga terpaksa berhenti sekolah. Makan. minum, mandi dan pakai ayah beliau diuruskannya. Bagus budak ini.
Harapnya dikurniakan syurga oleh tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasih. She is a role model to us all.



Laporan asal ChinaBuzz
[sumber]

ReadMore..

Biar mangsa keganasan cari dari balai ke balai




  • Malaysiakini 
  •  Mei 12 2012
Jika mahu berlaku adil, polis dicabar membenarkan mangsa dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH lalu menjalankan pencarian dan pengecaman terhadap penyerang mereka dari balai ke balai.

Anggota Parlimen Segambut daripada DAP Lim Lip Eng berkata demikian ketika mengulas tindakan polis memberi kata dua keapda 141 individu yang dikehendaki supaya tampil dalam masa seminggu atau dicari di rumah masing-masing.

"Dalam kes ini, polis patut membenarkan mangsa polis menjalankan carian dari balai ke balai, terutamanya seorang wanita daripada Serdang yang berkata mengecami pegawai polis yang menumbuknya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
ReadMore..

Senin, 30 Desember 2013

Indeks komposit jatuh jejas rakyat pendapatan rendah

Harakahdaily 

Anis Nazri, 23 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Indeks komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) yang mengalami kejatuhan 32.94 mata atau 1.85 peratus, baru-baru ini dijangka akan memberi kesan penurunan kepada nilai mata wang negara.

Biarpun, terdapat beberapa pihak yang beranggapan perkara itu turut dialami pasaran serantau lain, kekhuatiran mengenainya perlu dilihat kerana ia akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, menegaskan golongan berpendapatan rendah ini akan menghadapi kesan langsung sekiranya nilai mata wang negara mengalami penurunan.

"Berlatarbelakangkan Malaysia yang terbeban dengan hutang yang tinggi, seperti hutang korporat, hutang KDNK dan juga hutang isi rumah, maka Malaysia terdedah dengan ciri-ciri yang membolehkan berlakunya penurunan nilai mata wang," kata beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Jelas beliau lagi, apabila negara berdepan dengan penurunan nilai mata wang, ia tidak mampu berdepan dengan keyakinan pelabur, dan tidak mampu meningkatkan kadar faedah.

"Sekiranya kerajaan ingin meningkatkan semula kadar faedah, orang yang berhutang tadi seperti hutang isi rumah akan menghadapi bebanan yang lebih tinggi kerana terpaksa membayar faedah yang lebih tinggi," jelas beliau.

Sehubungan itu, tegas Dzulkefly, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan melakukan tindakan segera bagi memperkukuhkan nilai mata wang dari terus menjunam.

Antara langkah segera yang boleh dilakukan, saran Dzulkefly, kerajaan boleh menjual semula mata wang asing agar dapat memberi dokongan kepada mata wang negara.

Kerajaan juga, tegas Dzulkefly, digesa segera mengadakan komunikasi dengan kelompok pelabur, agensi penarafan dan penganalisis ekonomi supaya mereka dapat memahami apa langkah kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terjamin.

Malaysia, tambah Dzulkefly mempunyai ciri-ciri negara yang mengalami nilai mata wang bermasalah apabila berhadapan dengan defisit fiskal yng dikatakan perbelanjaan melebihi pendapatan, mengalami pertumbuhan yng menguncup, selain mempunyai pegangan bon asing yang tinggi.
ReadMore..

Calon BN Sungai Rapat cekak kolar calon KEADILAN

 Keadilan Daily
(Oleh Aisha Geoffrey)
Calon BN Sungai Rapat cekak kolar calon KEADILAN, rampas kamera petugas parti


GOPENG 22 APRIL: Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Othman berlagak samseng apabila


mencekak kolar baju calon KEADILAN Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye serta merampas kamera petugas KEADILAN.

Menurut Boon Chye, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang semalam di Bilik Gerakan KEADILAN Gopeng, Taman Tasik Permai,
Batu Gajah.


"Kejadian berlaku sewaktu petugas kita mahu menaikkan bilik gerakan. Tapak tersebut adalah tempat sama sewaktu

Pilihan Raya Umum 2008 dan kita tak ganggu kawasan BN," katanya kepada Keadilan Daily.




Jelas Boon Chye, ketika petugas KEADILAN sedang membina bilik gerakan tersebut, beberapa petugas BN membuat kacau dan


menghalang proses berkenaan.




"Selepas mendapat maklumat itu, saya terus hubungi polis, dan apabila sampai ke lokasi tersebut, beberapa pegawai polis sudah


berada di situ untuk mengawal keadaan. Saya cuba berunding dengan ketua petugas, tetapi dia syorkan supaya berunding


dengan Datuk Hamidah," katanya.




Hamidah kemudiannya tiba bersama kira-kira 60 penyokong sambil memberi amaran agar tiada rakaman gambar atau video dibuat mana-mana petugas KEADILAN.




"Ketika dia menuju ke arah saya, beliau (Hamidah) dapati ada seorang petugas merakam kejadian itu. Dia terus merampas kamera tersebut dan membalingnya ke arah semak," kata Boon Chye.




"Selepas itu, dia terus menghampiri saya dan mencekak kolar baju saya. Dalam masa yang sama, saya dapat rasa ada orang tolak saya dari belakang. Dalam keadaan kelam-kabut itu, mujur saya diselamatkan pengawal keselamatan dan terus dibawa pergi dari situ," cerita Boon Chye lagi.




Beliau membuat laporan polis sejurus selepas itu di Balai Polis Simpang Pulai.




Tegasnya, tindakan Hamidah itu jelas menunjukkan ciri-ciri bakal calon BN yang biadap serta samseng.




"Saya desak Hamidah memohon maaf di atas kebiadabannya. SPR (Suruhajaya Pilihan Raya) serta pasukan polis perlu pastikan


bukan sahaja petugas, malah calon juga dijamin keselamatan," tegas Boon Chye.
Calon BN Sungai Rapat cekak kolar calon KEADILAN, rampas kamera petugas parti  (Oleh Aisha Geoffrey)  GOPENG 22 APRIL: Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Othman berlagak samseng apabila  mencekak kolar baju calon KEADILAN Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye serta merampas kamera petugas KEADILAN.   Menurut Boon Chye, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang semalam di Bilik Gerakan KEADILAN Gopeng, Taman Tasik Permai,  Batu Gajah.  "Kejadian berlaku sewaktu petugas kita mahu menaikkan bilik gerakan. Tapak tersebut adalah tempat sama sewaktu  Pilihan Raya Umum 2008 dan kita tak ganggu kawasan BN," katanya kepada Keadilan Daily.   Jelas Boon Chye, ketika petugas KEADILAN sedang membina bilik gerakan tersebut, beberapa petugas BN membuat kacau dan  menghalang proses berkenaan.  "Selepas mendapat maklumat itu, saya terus hubungi polis, dan apabila sampai ke lokasi tersebut, beberapa pegawai polis sudah  berada di situ untuk mengawal keadaan. Saya cuba berunding dengan ketua petugas, tetapi dia syorkan supaya berunding  dengan Datuk Hamidah," katanya.   Hamidah kemudiannya tiba bersama kira-kira 60 penyokong sambil memberi amaran agar tiada rakaman gambar atau video dibuat mana-mana petugas KEADILAN.  "Ketika dia menuju ke arah saya, beliau (Hamidah) dapati ada seorang petugas merakam kejadian itu. Dia terus merampas kamera tersebut dan membalingnya ke arah semak," kata Boon Chye.  "Selepas itu, dia terus menghampiri saya dan mencekak kolar baju saya. Dalam masa yang sama, saya dapat rasa ada orang tolak saya dari belakang. Dalam keadaan kelam-kabut itu, mujur saya diselamatkan pengawal keselamatan dan terus dibawa pergi dari situ," cerita Boon Chye lagi.   Beliau membuat laporan polis sejurus selepas itu di Balai Polis Simpang Pulai.  Tegasnya, tindakan Hamidah itu jelas menunjukkan ciri-ciri bakal calon BN yang biadap serta samseng.  "Saya desak Hamidah memohon maaf di atas kebiadabannya. SPR (Suruhajaya Pilihan Raya) serta pasukan polis perlu pastikan  bukan sahaja petugas, malah calon juga dijamin keselamatan," tegas Boon Chye.
ReadMore..

Minggu, 29 Desember 2013

HOT!!! lahatDatu SULTAN KIRAM PANAS DIGELAR PENGGANAS



Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam.

Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

“Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas,” kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.

Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.

Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu. - Agensi


ReadMore..

Mari Seluruh Rakyat Malaysia Jauhi Politik Kebencian

Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.


Musa (dua, kiri) memberi pandangan sehingga 
moderator dan ahli panel lain tersenyum.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.

“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.

Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya.

Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.

“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.

Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku.

"Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.

“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.

“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.

“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.

Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.

“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya.

-Sinarharian
ReadMore..