Tampilkan postingan dengan label mangsa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mangsa. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

WANG PAMPASAN MANGSA TRAGEDI DITELAN OLEH GOD CHOSEN PARTY

 FB 
WANG PAMPASAN MANGSA TRAGEDI DITELAN OLEH "GOD CHOSEN PARTY"  Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilion untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.  Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
WANG PAMPASAN MANGSA TRAGEDI DITELAN OLEH "GOD CHOSEN PARTY"

Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilio
n untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.

Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
ReadMore..

Selasa, 31 Desember 2013

Biar mangsa keganasan cari dari balai ke balai




  • Malaysiakini 
  •  Mei 12 2012
Jika mahu berlaku adil, polis dicabar membenarkan mangsa dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH lalu menjalankan pencarian dan pengecaman terhadap penyerang mereka dari balai ke balai.

Anggota Parlimen Segambut daripada DAP Lim Lip Eng berkata demikian ketika mengulas tindakan polis memberi kata dua keapda 141 individu yang dikehendaki supaya tampil dalam masa seminggu atau dicari di rumah masing-masing.

"Dalam kes ini, polis patut membenarkan mangsa polis menjalankan carian dari balai ke balai, terutamanya seorang wanita daripada Serdang yang berkata mengecami pegawai polis yang menumbuknya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
ReadMore..

Selasa, 24 Desember 2013

452 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Kemaman


KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di daerah Kemaman semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan hari ini meningkat kepada 452 orang berbanding, 20 mangsa petang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sehingga pukul 10 pagi, sebanyak 121 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di daerah ini.

Pusat pemindahan banjir terdiri daripada rumah tamu, masjid, bangunan sekolah, dewan orang ramai, masjid dan surau.

Dua batang jalan di daerah Kemaman ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kampung Teladas dan Jalan Paya Seratus berikutan dinaiki air setinggi 0.6 hingga 1.6 meter.

Sementara Jalan Jerangau-Jabor ditutup kepada kenderaan ringan.
Paras air sungai Kemaman di Jambatan Air Puteh dan Hulu Jabor juga dilaporkan sedang meningkat dan berbahaya.

Di daerah Hulu Terengganu, tiga batang jalan ditutup kepada semua kenderaan pagi ini kerana ditenggelami air banjir sedalam 0.6 hingga 1.5 meter.

Jalan-jalan berkenaan ialah Jalan Utama Felda Tengkawang ke Lubuk Periok, Jalan Felda Tengkawang ke Kampung Peneh dan Jalan Bukit Diman ke Pengkalan Ajal. – BERNAMA
ReadMore..