Jumat, 07 Maret 2014

Browse » home» » » » » » » » » Kerusi Dan Bendera Milik John F Kennedy Dilelong

Kerusi Dan Bendera Milik John F Kennedy Dilelong


SEBUAH kerusi malas yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat mendiang John F Kennedy di White House beserta dua helai bendera dari pejabatnya berjaya dijual lebih USD$500,000 dalam satu sesi lelongan.

Ia adalah antara 228 buah barangan yang mempunyai kaitan dengan presiden itu yang dilelong pada Sabtu di Dallas, Texas sempena ulangtahun pembunuhan beliau yang ke-50 di bandar itu.

Syarikat lelongan Heritage dalam satu kenyataan berkata dua bendera berkenaan iaitu sehelai bendera Amerika Syarikat dan sehelai lagi dengan cop presiden dijual dengan harga USD$425,000, empat kali ganda daripada harga yang dijangkakan akan diperolehi.

Kerusi malas itu pula terjual dengan harga USD$87,500 juga melebihi harga jangkaan iaitu USD$50,000.

Kesemua barangan itu sebelum ini dimiliki oleh Dean William Rudoy, seorang sukarelawan ketika kempen pertandingan presiden Kennedy pada tahun 1960.

Dean mengumpul semua barangan kenangan berkaitan presiden itu dalam tempoh 50 tahun lepas.

Bendera dan kerusi malas itu dibeli oleh seorang pengumpul barangan berharga dari US Southwest yang merasakan kedua-dua barangan berharga itu sepatutnya berada bersama-sama.

Kennedy dibunuh pada usia 46 tahun, 22 November 1963 tidak sampai tiga tahun beliau menjadi presiden Amerika Syarikat.

Pembunuhnya, Lee Harvey Oswald, berusia 24 tahun berjaya ditangkap kurang tiga jam selepas membunuh Kennedy.

Oswald kemudiannya mati ditembak dalam satu siaran langsung televisyen ketika sedang dibawa ke penjara lain.

Penulis menyertakan sekali video Oswald yang ditembak mati pada 24 November 1963 yang mungkin ada antara pembaca SiakapKeli tidak pernah menyaksikannya dan juga video saat John F Kennedy ditembak oleh Oswald.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

Tidak ada komentar:

Posting Komentar