Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 01 April 2014

Siti Nurhaliza Melly Goeslaw Dan Faizal Tahir Jadi Guru Pengajar AF 2013


Kuala Lumpur – Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer).

Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.

Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, berdasarkan pengalaman luas pihak Astro menerbitkan program-program berkonsepkan realiti sebegini terutamanya AF, tidak dapat disangkal lagi bahawa soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam.

“Mereka umpama nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekaligus memberikan saingan kepada penghibur sedia ada.

“Pada musim ini, AF 2013 amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar untuk musim ini.

“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka,” ujar Khairul ringkas.

Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF – Terus Gempak….Inilah AF 2013 (#TGIAF).

Rangkaian program-program AF 2013 akan mula bersiaran melalui program Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Pada masa yang sama, AF 2013 juga turut melancarkan perkhidmatan interaktif yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui akaun Apps Store dan Play Store.
Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak

Program AF Buzz pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan apa yang terjadi di belakang tabir sewaktu konsert mingguan.

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Sedikit berbeza dengan format musim-musim sudah, pengisian Diari AF musim ini adalah lebih fokus dan terperinci iaitu Diari AF (Pemberian Tugas) pada setiap hari Selasa, Diari AF (Cabaran) pada setiap hari Rabu dan Diari AF (Ikon) pada setiap hari Khamis.

Manakala pada setiap hari Jumaat pula para penonton boleh menyaksikan program TGIAF (Terus Gempak….Inilah AF 2013) yang akan bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta.
Konsert AF pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.

AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.

Informasi terkini seperti informasi lengkap AF 2013, berita-berita terkini, diari dan aktiviti pelajar, video eksklusif serta rangkaian muat turun menarik boleh didapati melalui laman web rasmi.

Maklumat tentang acara jelajah seperti AF Busking dan AF Jukebox juga boleh didapati di sana. Selain itu, Astro juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan interaktif sepanjang musim ini. Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.af.com.my – Murai.com.my
ReadMore..

Jumat, 21 Februari 2014

Tukang Sapu Jadi Jutawan… Kisah Benar Di Mekkah Musim Haji 2012


Musim haji tahun 2012 baru saja berlalu. Seperti biasanya, setiap kali musim haji selalu saja memunculkan kisah-kisah menakjubkan. Selalu ada cerita yang mengharukan, penuh hikmah dan menjadi pelajaran bagi umat manusia.

Di antara kisah nyata yang terjadi di musim haji tahun 2012 ini adalah kisah seorang tukang sapu di kota Mekkah yang mendadak kaya menjadi seorang milyuner. Bagaimana ceritanya? Simak kisah nyatanya seperti yang diangkat di akhbar al-Sabaq terbiatan Saudi Arabia tanggal 17 Dzhuhjjah lalu (02/11/2012). (Kisah ini sudah kami edit seperlunya tanpa mengurangi inti dan substansi cerita).

Syahdan, seorang lelaki bernama Marimir Husain Jihar sedang menyapu jalanan kota Mekkah yang penuh debu. Ia membersihkan jalanan kota suci ini dari kotoran dan sampah-sampah yang dibuang manusia atau yang diterbangkan angin sepanjang waktu.

Sudah 5 tahun, pekerja imigran asal Bangladesh itu melakoni pekerjaan bersahaja tersebut, pekerjaan yang dipandang sebelah mata orang orang lain. Di Arab Saudi, orang Bangladesh sering disebut sebagai “Benggali”. Orang Indonesia pun memanggil mereka dengan sebutan demikian.

Rakan-rakan sekerja Marimir tidak pernah tahu asal-usul marimir, sebab ada ratusan ribu (atau mungkin jutaan) orang Benggali yang menjadi buruh kasar di negeri Haramain ini.

Sampai pada suatu hari di musim haji 2012. Ketika Marimir asyik menyapu jalanan di sekitar wilayah Tan’im, tempat di mana orang-orang akan memulai (miqat) ihram untuk Umrah, suatu kejadian tak terduga terjadi.

Seorang lelaki tua berteriak dari seberang jalan memanggil nama Marimir. Lelaki itu berpakaian Ihram, terlihat hendak melaksanakan ihram untuk Umrah. Dari postur tubuhnya, lelaki tua itu jelas berkebangsaan Bangladeh.

“Marimir…! Marimir…! Marimir….!” Teriak lelaki tua berkali-kali dari seberang jalan. Namun kerana banyaknya manusia dan lalu lintas yang sibuk, Marimir tidak mendengarnya.

“Marimir…! Marimir…! Marimir…!” Lelaki tua itu kembali berteriak. Kali ini ia berlari ke arah Marimir menghadang jalan.

Aksi lelaki tua itu mengundang perhatian banyak orang di Tan’im, termasuk dari rakan-rakan lelaki tua itu sendiri. Mereka heran, bagaimana ia mengenali seorang penyapu jalan di kota suci ini.

Tanpa peduli, dia terus berlari tanpa menghiraukan kereta-kereta yang melaju kencang. Orang-orang berteriak memperingatkannya, kerana aksinya itu mengganggu lalu lintas.

“Marimir…!”. Ujar si lelaki tua tanpa henti.

Kali ini Marimir mendengar. Ia menoleh, dilhatnya seorang yang sudah tua berlari ke arahnya. Ia pun heran, dari mana orang itu mengetahui namanya.

Lelaki itu semakin mendekat. Dan semakin dekat. Ketika sudah jelas baginya siapa yang datang, ia pun terperangah. Alangkah terkejutnya Marimir, dia seakan tak percaya apa yang dilihatnya.

Ternyata lelaki tua itu adalah abang kandungnya sendiri….

Dengan berurai air mata, si lelaki tua itu menghampiri Marimir yang penuh debu, lantas ia memeluk pemuda itu dengan erat sambil menangis.

Aksi jemaah haji tersebut mengundang perhatian  orang ramai. Meski tidak mengerti, mereka mengabadikan momen penuh haru itu dengan kamera. Setelah itu, si lelaki tua bercerita kepada orang-orang ydi sekeliling mereka penuh perasaan terharu.

Dia menceritakan bahawa tukang sapu itu adalah adik kandungnya sendiri, mereka adalah dua bersaudara yang sudah lebih 5 tahun tidak bertemu.

Kisah perpisahan mereka dimulai ketika orangtua mereka meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya. Ayah mereka meninggalkan harta warisan yang sangat banyak, mencapai 17 juta Riyal  . Bagaimana tidak, keluarganya adalah keturunan bangsawan, dan salah satu datuk mereka adalah mantan menteri di Bangladesh.

Tapi saudara tuanya itu berbuat serakah. Dia tidak mau membahagi harta peninggalan itu dengan adiknya. Beberapa kali si adik meminta pembahagian warisan, tapi ia tidak mau. Bahkan, sang adik pernah dijebloskannya ke penjara kerana menuntut haknya!

Kerana putus asa, akhirnya sang adik pergi meninggalkan Bangladeh. Dia pun menjadi pekerja imigran di Arab Saudi. Hingga bertahun-tahun lamanya. 5 tahun terakhir, ia menjadi tukang sapu di Mekkah.

Selepas kepergian adiknya itu, saudara tuanya pun diserang penyakit kanser ganas.

“Ini hukuman Allah atas kezaliman saya…”. Kenang haji tua itu sambil menangis. Dan sejak itulah ia insaf atas perbuatan serakahnya.

Bertahun-tahun pula lamanya, ia berusaha mencari jejak sang adik. Dia bertanya kepada kawan-kawan adiknya, tapi tak seorang pun yang tahu. Dia pun sudah membuat sayembara, siapa yang mengetahui alamat adiknya akan diberi imbalan yang besar.

Namun khabar tak kunjung datang. Sang adik entah di mana rimbanya. Sementara penyakitnya semakin parah, hingga dia mengira umurnya takkan lama lagi.

Hingga datang musim haji tahun 2012. Ketika dia hendak pulang ke tanah air, dia pun melaksanakan umrah terlebih dahulu. Ia bersama rombongannya pun berangkat ke Tan’im, miqat di mana orang Mekkah memulai umrah.

Dan di sanalah keajaiban itu terjadi. Di tempat inilah Allah Swt mempertemukannya dengan adiknya yang selama ini dia cari. Dilihatnya seorang lelaki muda sedang menyapu jalanan, dan ternyata itu adalah saudara kandungnya.

Ketika pertemuan itu, saudara tua itu meminta maaf kepada sang adik atas kezalimannya selama ini. Kerana keserakahannya, sang adik hidup sengsara dan terlunta-lunta sebagai tukang sapu di negeri orang.

|Dia pun mengajak adiknya pulang. Dia sudah membahagi harta peninggalan orangtua mereka seadil-adilnya. Bahagian untuk sang adik sudah dia sisihkan, dan akan dia berikan tanpa mengambilnya sedikitpun, jumlahnya jutaan  rupiah ditambah harta yang sangat banyak.

Di tempat yang suci itu, sang adik memaafkan abangnya.Dia  sama sekali tidak menaruh dendam. Bahkan dirinya merasa bahagia boleh tinggal di tanah suci ini. Di sini, ia menghabiskan waktu untuk bekerja dan menghafal al-Qur’an.

Kepada hadirin yang berkerumun di sekitar mereka, tukang sapu yang jadi jutawan itu mengatakan: “Sungguh ini merupakan pelajaran yang besar dalam hidup saya. Saya sudah merasakan bagaimana rasanya menjadi orang yang teraniaya. Kerana itu, saya berjanji tidak akan menganiaya siapa pun. Allah mengharamkan kezaliman atas diri-Nya, dan diharamkannya kezaliman itu atas hamba-hambaNya”.


Marimir Husain berpelukan dengan saudara kandungnya yang telah insaf (foto: Sabq)

Kisah mengharukan itu menjadi buah bibir jemaah haji. Seorang penjual makanan segera di kota Mekkah mengatakan kepada wartawan Sabg:

“Saya sering bersedekah makanan kepada tukang sapu itu, tanpa saya pernah tahu ternyata dia adalah seorang jutawan”.

sumber
ReadMore..

Kamis, 21 November 2013

Ketika Operasi Plastik Jadi Ajang Undian


Sarah Burge, seorang sosialita kaya asal Inggris kembali membuat sensasi. Setelah beberapa waktu lalu memberikan voucher implan payudara kepada buah hatinya, kinii dia mengadakan pesta undian berhadiah operasi plastik.

Ajang undian operasi plastik ini berlangsung di klub malam di London Timur. Dan ini merupakan kegiatan gila pertama kalinya yang mendapat kecaman keras dari ahli bedah plastik dan kelompok wanita.

Meskipun mendapat banyak ejekan, Miss Burges dan Beryl Atkins, Direktur Klinik Bedah Kosmetik di Birmingham, membela acara itu dan menjelaskan bahwa pemenang perlu lulus skrining ketat sebelum menjalani operasi apapun. "Yang kita lakukan ini bukan iseng," kata Miss Atkins, seperti dikutip Dailymail.

Ia juga mengatakan pemenang bebas memutuskan prosedur yang dipilih dan perusahaan tidak akan mengejar pemenang untuk datang melakukan operasi.

Ahli bedah mengecam kontes tersebut. Bahkan Konsultan Ahli Bedah Plastik dan Presiden British Association of Aesthetic Plastic Surgeons (BAAPS) Dr Fazel Fatah menjuluki kontes itu gila dan rusak.

Sementara itu Burges mengatakan klub malam itu penuh dengan orang yang tertarik memenangkan berbagai prosedur kosmetik, termasuk keluarganya dengan empat anak perempuan dan suaminya Tony Burges.

Baca juga Kongo Jadi pusat Pemerkosaan Dunia


Dapatkan Update Terbaru dari Kami atau Mau Berkomentar? Silahkan Follow Twitter Blog ini @blackberrism atau Klik di sini,  Untuk Facebook like Di sini. Komentar, Mention dan Retweet anda akan Otomatis Tampil  Di Halaman Depan Blog ini. Mari Berteman dengan Pengunjung yang lain. Terimakasih

ReadMore..