Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Polis Melaka Tahan 3 Lelaki Bantu Kes Bunuh


MELAKA – Polis Melaka menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang anggota Geng O8 yang juga bekas tahanan Ordinan Darurat, dalam pergaduhan di sebuah bank di Cheng, dekat sini, pada 4 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kesemua suspek merupakan antara lapan anggota Geng 08 yang diburu berhubung kes pembunuhan itu.

“Dua daripada lelaki terbabit yang kedua-duanya berusia 19 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka selepas mereka menyerah diri Khamis lepas pada kira-kira 9.30 malam.

“Seorang lagi remaja berusia 18 tahun ditahan kira-kira 9 pagi semalam di Kompleks Mahkamah Melaka sebaik sahaja dia tiba untuk menghadiri perbicaraan berkaitan kes samun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang juga anggota Geng 04 itu kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Raja Shahrom berkata pihaknya kini sedang giat memburu lima lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan melibatkan dua kumpulan gangster itu.

Beliau berkata kelima-lima mereka adalah A. Givanatan, 24; M.P Namasivayam, 23; Aiman, 20-an; P. Sethupathi, 25; dan P. Narendranpathi, 26.

“Motif pembunuhan itu masih dalam siasatan. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

Sementara itu, mengenai Ops Cantas Khas beliau berkata Polis Melaka telah memeriksa seramai 25 orang, sejak dilancarkan baru-baru ini.

Katanya, operasi akan dijalankan berterusan dan dipergiatkan bagi memastikan mereka yang diburu berjaya diberkas. – BERNAMA
ReadMore..

Selasa, 17 Desember 2013

Jururawat tampar tertuduh pemerkosa di balai polis

17 Sep 2013
Video korban pemerkosaan di India tampar pelaku di kantor polisi
jururawat di India tampar tertuduh pemerkosa di balai polis . ©NDTV.com


Seorang jururawat 23 tahun di Kota Mumbai, India, sangat marah hingga menampar tertuduh pelaku pemerkosaan terhadap dirinya di sebuah balai polis.

Jururawat itu mengatakan tertuduh sedang mabuk itu berusaha memperkosa dan membunuh jururawat itu di sebuah kereta pagi dalam perjalanan dia menuju tempat kerja pada 27 Julai lalu, seperti dilapor The Daily Mail, Selasa (17/9).

Peristiwa itu terakam kamera   (CCTV) di balai polis . Dalam video itu tampak tersangka digari dan tangannya dipegang  polis . Perempuan berbaju ungu itu kemudian meneriak  dan menampar wajah tersangka beberapa kali.

jururawat itu mengatakan dia sedang berada di dalam kereta ketika lelaki berumur 27 tahun itu berusaha memperkosanya. Perempuan itu kemudian menyalakan alarm peringatan di kereta dan ketika tersangka turun di stesyen berikutnya dia ditangkap polis .

Wanita itu kemudian ke balai polis  untuk melaporkan kejadian yang baru dialaminya. Di sana tertuduh itu kemudian dibawa ke hadapan jururawat itu.

Saksikan video wanita itu menampar  lelaki pemerkosanya.
ReadMore..