Tampilkan postingan dengan label filem. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label filem. Tampilkan semua postingan
Minggu, 09 Februari 2014
Lelaki Seiras Saddam Hussein Diculik Dan Dipaksa Berlakon Filem Lucah
Mesir – Gara-gara mempunyai wajah seiras bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, seorang lelaki terpaksa menanggung kesengsaraan apabila menjadi mangsa sekumpulan lelaki yang memaksanya berlakon filem lucah.
Mohamed Bishr, yang berasal dariIskandariah berkata, kumpulan itu cuba menculiknya dan melakonkan filem berkenaan.
Ia bagi membolehkan mereka menipu orang ramai dengan dakwaan memiliki video lucah eksklusif Saddam Hussein.
Mohamed mendakwa kumpulan itu menawarkan wang sebanyak $333,000 kepadanya namun selepas dia menolaknya, mereka telah memukulnya.
Susulan itu, Mohamed kini terpaksa dirawat di hospital.
“Tiga lelaki itu yang bersenjata telah memaksa saya keluar dari kereta saya, lalu mereka menarik saya masuk ke dalam van dan memukul saya di kepala sebelum saya ditendang keluar daripada van berkenaan,’’ katanya.
Penyerang berkenaan dipercayai penduduk Iraq dan Syria. Menurut Mohamed, ketika kejadian terdapat saksi yang berada di situ namun mereka takut untuk campur tangan.
Ia bukan kali pertama Mohamed berdepan masalah kerana mempunyai rupa seiras dengan Saddam Hussein.
Ketika Amerika Syarikat menawarkan ganjaran kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap Saddam, Mohamed telah menjadi mangsa dan ditangkap untuk diserahkan kepada pihak terbabit.
Berikutan itu, Mohamed terpaksa berpindah randah sebanyak empat kali bagi mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa serangan.
Rabu, 05 Februari 2014
Pelakon filem Tanda Putera Takut Keluar Rumah
PETALING JAYA : Penerbit Eksekutif Pesona Pictures, Aida Fitri Buyong berkata, banyak spekulasi dan komen negatif diterima berkenaan dengan Tanda Putera adalah daripada kalangan mereka yang masih belum jelas mengenai latar cerita atau pihak belum menonton filem itu.
“Saksikan dulu filem ini sebelum membuat sebarang spekulasi dan komen yang tidak berasas,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Sehubungan itu kata Rusdi Ramli yang membawa watak sebagai Tun Abdul Razak pula berkata, filem yang dibintanginya itu tidak menceritakan perihal politik, sebaliknya mengetengahkan tema kenegaraan serta sejarah negara pada masa lampau.
“Saya langsung tidak membaca mana-mana blog atau membuka Facebook membaca kata cacian dan makian yang dilemparkan oleh pihak yang saya rasa tidak matang lantas mengkritik filem ini tanpa menontonnya terlebih dulu,” katanya lagi.
Kata beliau, rententan daripada kontroversi itu dan pelbagai ugutan serta cacian yang diterima, menyebabkan ada di kalangan pelakon berasa takut untuk keluar rumah.
“Biarpun filem ini menerima tempias kontroversi, ini tidak sesekali membuatkan saya serik untuk terlibat dengan mana-mana filem yang mengetengahkan genre sama pada masa akan datang.
“Walau bagaimanapun, alhamdulillah filem ini akhirnya akan menemui penonton November depan dan diharap filem ini dapat mencatat jualan pecah panggung,” katanya.
Sementara itu, Zizan Nin yang berperanan sebagai Tun Dr Ismail berkata, tidak sepatutnya sesetengah pihak terlebih emosi hanya berdasarkan trailer 90 saat itu.
“Sampai satu tahap saya digelar anjing kerajaan dan jentera propaganda kerajaan. Apa semua ini? Kami hanya berlakon serta penerbit dan pengarah hanya ‘film maker’.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini bukan naskah politik yang ditinjauankan sebaliknya hanya sejarah negara yang ingin dipertontonkan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Filem yang ditinjauankan dengan kos RM4 juta itu merupakan filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia.
Selain Rusdi dan Zizan, filem ini turut dibintangi Faezah Elai, Linda Hashim dan Kavitha Sidhu. – Sinar Harian
Langganan:
Postingan (Atom)